SELAMAT DATANG KE BLOG!!!!



TINJAULAH APA YANG PATUT

Wednesday, September 4, 2013

Pengalaman Bekerja di Terminal Aman Jaya

Salam sume! Alhamdulillah, sepanjang cuti sem ni diisi dengan bekerja di Terminal Aman Jaya sebagai "Ulat Tiket". Satu pekerjaan yg aku kira tidak sangka dapat juga aku laksanakannya. Yela, kalau nak difikir-fikirkan balik suatu ketika dahulu, aku rasakan kerja tu la paling susah....tapi alhamdulillah, dengan niat ingin menolong seseorang, aku berjaya juga habiskan kerjaya ni....walaupun hanya 2 bulan bekerja, namun banyak pengalaman, pahit manis yang aku peroleh.....

Yang baik jadikan pengalaman, yang buruk kita jadikan sempadan. Begitulah peribahasa yang boleh aku ungkapkan sepanjang bekerja di Terminal Aman Jaya. Ada baik buruknya yang aku peroleh sepanjang bekerja di sini. Pengalaman yang baiknya, aku dapat berjumpa dengan ramai orang yang terdiri daripada pelbagai jantina, kaum, agama, bangsa, dan negara. Almaklumla, kerja jual tiket ni, kadang-kadang, mat salleh pun ada datang membeli tiket....(pe lagi, speaking la,walaupun grammar tunggang langgang, mat salleh tu faham, kira ok lah an). Sebut pasal pelanggan dari luar negara yang menggunakan perkhidmatan bas ni, aku adalah berkenalan dengan seorang foreigner yang ingin menuju ke Melaka. Malangnya, tiket semuanya dah habis dijual. alternatifnya, aku menyuruh dia pergi ke KL. Namun, dia tolak cadangan aku. Dia cakap kalau boleh, dia tak nak pergi KL...jadi dia nak ke Johor dahulu.

Aku pun adjust la tiket supaya dapatla dia g ke JB malam tu....malang gak...tiket ke JB pon "sold out". (sedih ak tgk foreigner ni). Kemudian dia tanya aku pasal hotel bajet yang murah dan berdekatan dengan terminal tu. Aku pon bagitahu:

aku: hotel x de la kat sni, ni kawasan baru....kemudahan hotel sume x de lg...
pelancong: mcm mana saya nak ke kawasan bandar?
aku: kene naik teksi la...
pelancong: ok...bpe tambang ek?

aku pun meluru pergi kat teksi...tolong adjust....
adjust punye adjust....dapat die naik teksi....dia ucapkan terima kasih sbb membantu....

aku bangga dapat bantu dia...dan aku rasa seumur hidup aku....ni la pertama kali aku tolong foreigner....
Pengalaman yang tidak boleh aku lupakan....

1 comment:

_zulh!shzm said...

Yo!! Ingat xnk update dah blog... =P