SELAMAT DATANG KE BLOG!!!!



TINJAULAH APA YANG PATUT

Wednesday, August 10, 2011

hilangkan stress keje


semoga terhibur...

PULANGKAN!!!!

HA....PULANGKAN?

Pulangkan cinta hatiku
Oh Hentikanla menghantuiku
Pulangkan
Oh pulangkanlah padaku
Ku pulangkan kisah hidupmu
Yang dikau musnah tanpa relaku
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih

oh kasih....tiada maaf bagi mu.....haha....mu telah menipuku......sampai hati mu menipuku.....penipuanmu menyebabkan ak SHORT...siotnye customer....xde maknenye nak kasih2 ngn ko.....haha....dah la tipu ak.....beli lighter....harga RM2.40....

bagi duit kat aku....RM2......

"40 sen mne bang"
"ouh ade kat kete"

customer tinggalkan kaunter.........(dah la bawak lighter skali)

xpelah....mungkin sat g die dtg balik....terdetik dihatiku...

last2..haram....xde langsung.....

huhu...hari ni je ak dh short RM6.00...benci btol....hrp2 x kene bayar....AMIN...

untuk abg yg wat hal tu....pandai2 la ko jwb nnti....dh la byr x cukup duit...pastu menipu plak...siot....

ak plak dpt dosa kering....adeh...haha

Monday, August 8, 2011

BAZAR

hye2 to all....
erm......td SIC g bazar....mcm2 ade kat bazar ni......dr lauk pauk hinggalah ke air....dari air.....hinggalah ke kuih muih.....dr ke kuih muih...nth ap yg ade lg haha...

erm...bazar....klo xde manusia....mmg xde ar bazarkan.......so ramai gile manusia kat sne....pack gile...so klo dh pack...korg tau ar berapa buah kereta ada kat sana...mmg payah ar nak cari parking....huhu....

pusing punya pusing, pusing punya pusing.....jmp satu....haha...tp...jmp pon bukan tempat parking...gasak je la....haha....kejap aje....

then...jalan2 g cr juadah berbuka........

teriakan peniaga merancakkan lagi suasana bazar......haha.....really interesting g bazar....sbb SIC suke tgk gelagat org....mcm2 gelagat ade....

mak n ayah dh beli da juadah diorg....ak je g xtau nk beli ap....sbb ak x rse nk beli pon...haha.....sbb ak tgk sume sme je....baik makan nasi putih, bli lauk...kan jimat...haha....JIMAT je aku tau....

so....setelah menghadiri konsultan bersama mak......SIC beli nasi ayam....n air asam boy je....haha...yummy2.....skrg dh 6.34PM....xlama je lagi nk berbuka puasa....

SIC mengucapkan SELAMAT BERBUKA PUASA......

terlajak..............

erm...apa yang terlajak ek...korg sume mst tertanya2...apa yg ak telah terlajak...??? hurm....
terlajak kata, terlajak perahu.....terlajak tido?....

actually.....xde ap pon yg terlajak....just nk inform korg....hari ni...ak practice kete......mst korg ckp....
'gedik sial mamat ni....sal practice kete pon nk cite'

ak jawab....ade ak kisah...haha...ni blog ak...lantak ar nk citer ap pon kan.....
penat gile doe belajar kete hari ni....huhu.....dah la dalam bulan puasa lak tu....aish...ramadan2...penuh dgn ujian...hehe....

td belajar for final exam; haha....mcm exam SPM je....haha....
ye ar...esok ak JPJ...sure kene wat preparation........td ak belajar jalan C...jalan C la paling sng.....harap dpt jalan C esok.....huhu....

harap korg doakan SIC berjaya ek.....huhu...
(kalo x lepas.....wat malu jew)

MUNCUL KEMBALI!

ASSALAMUALAIKUM....AKHIRNYA AK MUNCUL KEMBALI, SETELAH BERBULAN2 MENYEPI.....ALMAKLUMLAH BZ........HEHE.....NGN LESENNYE, KEJE LG.....HUHU PERSEDIAAN NK MASUK U LG.....HUHU...PENAT2.....TU AR SBB XDE MASA NK BERBLOG.....

(YEKE....NI ADE JE MSE)

HAHA, ACTUALLY, NI AK BERBLOG PON SBB TIBE2 AK TERINGAT PLAK KAT LAMAN BLOG AK......DAH LAMA DAH TAK BERCORET2 KAT SINI....

OK....HARI NI AK NK CORETKAN SDIKIT....BIAR SEDIKIT...TP BERMAKNA......ERM, LIFE AK SEKARANG KEJE-TIDO-KEJE-TIDO......BOSAN DOE....SKRG AK BEKERJA DI 7ELEVEN, KEDAI SERBANEKA MILIK BERJAYA....SERIUS, PENAT GILE KEJE KAT SINI...TP FUN...SBB KAMI DAH MCM KELUARGA SUDAH....STAFF2 DIE SEMUA BAIK2....

SKRG DAH HMPIR 3 BULAN AKU KERJA KAT 7ELEVEN.....MACAM2 PENGALAMAN PAHIT MANIS, ASAM GARAM KEHIDUPAN TELAH AKU TEMPUHI DI 7ELEVEN....
7 ELEVEN MENGAJAR AK REALITI KEHIDUPAN SBNR (WALLAH, CAKAP XLEH BLAH)....

MACAM2 AR YG TELAH AKU PELAJARI TENTANG SELOK BELOK PERNIAGAAN NI (NANTI BLEY AR BUKA KEDAI SNIRI....HURM)

AKU DIJANGKA BERENTI KERJA 4/9/2011.....KENAPA AKU BERENTI.???? HAHA.....TUNGGU.......................

Saturday, May 7, 2011

PONING PALO DEN NI AR!

Akim Azhar May 7 at 4:11pm

masih lg kurg jelas......halal ke haram keje ak ni...

xpasal2 keje, kang kene laknat....sia2 hidup ak...

erm...klu ko suh tolak pon, bley je nk tolak....tp org yg terima ak keje ni, ak kenal die, so t ap plak dia bgtahu kuarga die.....dah minx keje, pastu x nk keje lak...

abis mcm mne ni....ak perlukan penjelasan g lebih mendalam....
tuk pengetahuan ko, ak ni x de lesen.....so ni je la keje yg paling hampir ngn ak.......

nk keje kfc, mcd,diorg xnk terima sbb ak bley keje ngn diorg 4 bulan je.....diorg nk 6 bulan.....

masih lg x selesai mslh....

ak strt keje isnin ni....

NI JAWAPAN BDK TU
aku quote komen dari website tu..
ini rasanya pendapat ustaz zaharuddin sendiri

"utz xcakap pon kerja kt 7E tu haram secara qat'ie, cuma utz kata klu boleh cuba elakkan agar tak tercampur dgn yg syubhah dan haram. klu seseorang tu xdapat nk elak jgk, dia blh gunakan kaedah yg telah utz jelaskan seperti berikut:"Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi". dengan bersedekah dan berzakat sahaja duit atau rezeki yg kita dapat akan menjadi bersih."


mcm ni la, Islam itu tidak zalim, maka kita tgk pada kaedah aulawiyat (keutamaan)..
1. adakah kita berada dlm kehidupan yg terlampau susah dan sgt2 memerlukan wang sehingga terpaksa terpaksa mendapatknnya dari sumber yang haram/syubhah?
2. jika kita betul2 memerlukan wang, adakah tidak terdapat kerja lain yg berdekatan yg halal dan tidak ragu2 utk kita bekerja dengannya?
3. kalau kita terima pendapat dari sumber yg haram/syubhah yg kita sndri xpasti halal atau x, lepas tu kita guna duit tu utk beli makanan utk kita mkn, pastu jd darah daging..cuba kita fikir, nak ke Allah terima doa dan ibadat kita sedangkan apa yg Allah suruh iaitu cari kerja dgn sumber yg halal/pasti tu kita xbuat? (ada hadis mengenai org yg berdoa tetapi pakaiannya,makannya,minumnya, semuanya daripada sumber yg haram dan dia berdoa kpd Allah, maka mana mngkin Allah mengabulkannya)(kita blajar hadis ni x silap masa form4/for5 kot).


Wednesday, May 4, 2011

SLOT LUAHAN RASA

ERM....ASSALAMUALAIKUM TO MUSLIM, N SEGALA SELAMAT TUK NON MUSLIM...HEHE

JUST NK BERITAHU ANDA SUME, HARI NI AKU NK G TAIPING...

TUNGGU MY NEXT POST (TAIPING OH TAIPING)...

Saturday, April 30, 2011

SLOT DAKWAH (PENTING)

by Afendi Marine on Sunday, March 20, 2011 at 7:15pm
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?

Thursday, April 28, 2011

PENGUMUMAN!

CREDIT TO: KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENGUMUMAN!

Semakan Pelajar Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012


Sukacita dimaklumkan bahawa semakan PELAJAR PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2011/2012 boleh dibuat di LAMAN WEB KPM mulai 28 April 2011. Pemohon yang berjaya diminta untuk menghubungi kolej penempatan atau melawat laman sesawang kolej untuk maklumat lanjut . Pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan melalui laman sesawang yang sama mulai 28 April hingga 13 Mei 2011.
Semakan melalui sistem SMS boleh dibuat dengan menaip perkataan MOE MAT[no_kp] dan hantar ke 15888.


LINK WEBSITE KOLEJ ANDA!
KMS KMKULIM KMTPH

KMTK KMTJ KMPP

KMPK KMP KMNS
KMM KML KMKNERANG

KMK KMJ KMPH




Wednesday, April 27, 2011

SLOT MOTIVASI

Kisah ini adalah tentang Monty Roberts, penulis buku The Man Who Listen to The Horse. Sebuah kisah yang memberi inspirasi kepada saya. Saya harap ia juga memberi inspirasi kepada anda. Pemuda ini merupakan anak kepada seorang pelatih kuda. Kehidupan mereka adalah beralih dari satu kandang ke kandang kuda yang lain untuk melatih kuda. Description: Wink

Kisah bermula apabila, pemuda ini berada si sekolah tinggi. Gurunya telah memintanya untuk menulis matlamat dan perkara yang akan dilakukannya apabila meningkat dewasa nanti. Malam itu dia telah membuat keputusan untuk mempunyai ladang penternakan yang luas suatu hari nanti. Pemuda ini mahu ladang itu seluas 200 ekar. Dia telah menulis sejelas-jelasnya tentang ciri-ciri keadaan ladang tersebut. Pemuda ini juga ingin mempunyai rumah berkeluasan 4000 kaki persegi. Dia telah melukis dengan jelas tentang pelan rantai rumah tersebut. Pemuda ini juga telah memastikan di mana rumah tersebut itu berada di ladang perternakan kuda yang seluas 200 ekar itu. Dia telah menulis sebanyak tujuh muka surat untuk menjelaskan impiannya. Dia telah menulis dengan begitu jelas sekali.

Dua hari kemudian, pemuda ini mendapat hasil kerjanya semula.

Keputusan yang didapatinya agak meleset pemikiran kita. Kita mungkin akan berfikir pemuda tersebut mendapat keputusan yang baik berdasarkan apa yang diberikannya. Tetapi malangnya, huruf merah F dan “ jumpa saya selepas kelas ” tertera di hadapan kertasnya.

APA YANG BAKAL BERLAKU YE?? TERUSKAN MEMBACA

BERSABARLAH MENGHADAPI UJIAN

Hidup di dunia tidak lepas dari ujian dan dugaan dari Allah. Itu sudah menjadi rencah kehidupan manusia. Ada dua jenis bentuk ujian buat manusia, ujian dalam bentuk kesenangan dan ujian dalam bentuk kesusahan.

Cuma, acapkali apabila disebut ujian Allah maka rata-rata manusia beranggapan ujian itu adalah dalam bentuk bala dan musibah. Ramai yang lupa akan ujian kesenangan yang datang dalam pelbagai bentuk kekayaan, kekuasaan, kesihatan dan bermacam-macam lagi.

Bahkan ujian kesenangan sebenarnya lebih sukar kerana kebiasaannya manusia itu lupa kepada Tuhan tatkala dirinya mengecapi pelbagai kesenangan hidup. Apabila ditimpa kesusahan, kebanyakan manusia akan kembali menyeru Tuhannya.

Mengenai ujian kesusahan, firman Allah di dalam Surah al-Baqarah:

[155] Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
[156] (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
[157] Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.

Maka antara ujian yang datang daripada Allah itu ialah timbulnya perasaan takut di hati, kelaparan, hilangnya harta benda, tanaman dan orang yang disayangi. Kebiasaannya apabila manusia ditimpa musibah, pastinya mereka akan berada dalam keadaan sedih, dukacita dan gusar. Tetapi manusia yang bersabar menghadapi ujian akan menerima khabar gembira.

Mari kita lihat, adakah kita tergolong??

Tuesday, April 26, 2011

ADAKH DIA TEMAN HIDUPKU??

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita

SABAR? FIKIR DAN RENUNGKAN...

Sabar; satu perasaan, tindakan yang tidak dapat didefinasikan.

Ramai yang mudah berkata "sabar ye?" apabila orang lain ditimpa masalah, tapi apabila diri sendiri diuji dengan ujian yang amat dahsyat, masihkah lagi perkatan sabar dapat bertahan dalam diri?

Monday, April 25, 2011

DARI KEKASIH BUAT KEKASIH

"Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."

Kekasihku,
Hari ini aku mengadu pada sang KEKASIH, pencipta kau dan aku. Aku ingin menjadi kekasihmu yang patuh pada sang KEKASIH. Aku mohon pada sang KEKASIH agar ditautkan hatiku dan hatimu agar kita bisa jadi sepasang kekasih yang diredhai sang KEKASIH.

INDIKASI CINTA MILIK SIAPA??

erm.....assalamualaikum....rse dah lama x coretkan sesuatu kat blog ni....
first, alhamdulillah sbb ak dah abis matrik....skrg tggl nk tgg result..n sambung lak U.....

erm....td ak ade terbaca satu artikel.....

so ak nk share ngn korg....

Cinta Melahirkan Rindu

Bayangkan kita seorang pelajar yang jauh dari dakapan keluarga, sudah pasti rasa rindu akan timbul dikala terkenangkan mereka. Bahkan tangisan kerinduan mampu mengalir kerana rindunya kita kepada mereka.

Bayangkan pula kita seorang suami, sudah pasti merindui si isteri jika lama ditinggalkan. Lebih-lebih lagi bagi si isteri, yang lembut hatinya menangisi perasaan rindu yang bermain di hati.

Begitu juga anak muda yang dikaburi dengan kerinduan kepada kekasihnya, sehingga tidur tak lena, makan tak selera, mandi tak basah, solat tak khusyuk (kalau solat), hidup bagai tidak menentu.

Bayangkan pula kita sebagai ibu bapa, sudah tentu merindui gelagat anak-anak yang kita sayangi. Anak-anak yang jauh dari pandangan sentiasa bermain di fikiran kita, sentiasa memikirkan keselamatan mereka, sentiasa memikir kebahagian mereka, dan yang pasti sentiasa merindui untuk ketemu mereka.

Mengapakah rasa rindu mampu muncul di hati sanubari kita?

Tuesday, January 18, 2011

PE YANG TERJADI...BERJAYAKAH AKIM KE SEM 2??

lama da x coret somting kat sni.....

persoalannye....berjayakah akim ke sem 2???

.................................................................................................................................................................

Alhamdulillah.....berjaya gak akim ke sem 2...

haha....xsangka........ingat xlepas....

result meberangsangkan.....syukur alhamdulillah.........

so skrg....akim kene fokus tuk sem 2.....subjek agak tough sem 2 ni....huhu....

skrg ni akim ngh cuti.....cuti=boring...

haha...nsib bek ade blog ni....leh ar luah perasaan skit kat sni....hehe....

k.......akim rse smp sini je kot....

t ade mse..kte jumpa lagi...

insyaALLAH.....