SELAMAT DATANG KE BLOG!!!!



TINJAULAH APA YANG PATUT

Tuesday, April 20, 2010

6 tanda solat seseorang hamba itu diterima

Terdapat 6 tanda solat seseorang hamba itu diterima sebagaimana yang disebut dalam hadith qudsi.

Al-Hafiz al-Bazzar mengisnadkan dari Ibn ‘Abbas bahawa Rasulullah saw meriwayatkan dari TuhanNya, Allah berfirman,

قال الله تبارك وتعالى إِنَّمَا أَتَقَبَّلُ الصَّلاَةَ مِمَّنْ تَوَاضَعَ لِعَظَمَتِيْ ، وَلَمْ يَسْتَطِلْ عَلَى خَلْقِيْ ، وَلَمْ يَبِتْ مُصِرًّا عَلَى مَعْصِيَتِيْ ، وَقَطَعَ نَهَارَهُ فِي ذِكْرِيْ ، وَرَحِمَ الْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيْلِ وَالأرْمَلَةَ ، وَرَحِمَ الْمُصَابَ ، ذَلِكَ نُورُهُ كَنُورِ الشَّمْسِ أَكْلأهُ بِعِزَّتِي وَأَسْتَحْفِظُهُ مَلاَئِكَتِيْ …

“Sesungguhnya Aku hanya menerima solat orang yang tawadhu` dalam solatnya kepada keagunganKu, tidak sombong (zalim) kepada hamba-hambaKu, tidak mengulangi maksiat kepadaKu, menghabiskan masa siangnya mengingatiKu, mengasihani orang miskin, yang terkandas (juga tetamu) dan janda, mengasihani orang yang ditimpa bencana. Orang ini cahanya seperti cahaya matahari, aku memeliharanya dengan kemuliaanKu, dan Aku juga mengarahkan para malaikatKu memeliharanya…” (Nur al-Din al-Haythami, Kashf al-Astar Fi Zawa’id al-Bazzar, hadith 348)
Semoga Allah memberi hidayahNya untuk istiqamah memelihara solat jamaah, mengampunkan segala dosa dan kekurangan.

وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

No comments: